Tuesday, January 01, 2013

Sayangku 2013, jangan kau lupakan 2012.

Assalamualaikum pembaca tersayang.
Entry pertama bagi Januari 2013.
Entry yang agak panjang menceritakan suka duka sepanjang 2012.


 2012 adalah simbolik pertemuan dan perpisahan bagi Niena.
 Secara umumnya, memang mudah bila mengatakan yang pergi akan akan kembali, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan muncul penggantinya. Ia hanya di BIBIR. Bukan dari perlaksanaan, bukan dari kerelaan. Cuba kita letakkan situasi itu dalam diri, cuba selaminya. Pasti akan ada butir-butir air mata yang menemani. Tak semua yang boleh mengatakan mudah pada sesuatu yang telah pergi dan menjauh dalam diri kita. 

Perpisahan Pertama 2012
Perpisahan yang pertama ketika Niena berada di semester 2, Uitm Segamat. Berakhirnya semester itu dan secara rasminya berakhirnya tempat Niena bermanja sepenuhnya dengan roomate tersayang. Mungkin ada yang mudah katakan, roomate hanya roomate. Tapi tidak! Orang yang telah bersama dengan kita pada jangka masa yang lama adalah sesorang yang amat terkesan bila kita kehilangannya. Memori B324 masih di jiwa, masih sentiasa di hati. Kakak-kakak tersayang semua, I miss you damn much.

Buat Kak Fatimah, Kak Adilah, Kak Ira & Kiroro, Niena sayang kalian. Terima kasih sebab pernah jadi keluarga walaupun sekejap.
Pertemuan & Perpisahan Kedua 2012
Pertemuan kembali pada 31 Ogos 2012 yang melahirkan sesuatu perasaan lain dalam diri Niena. Dia kawan, dia kekasih, dia putera hati, dia pencuri hati dan dia yang bertanggungjawab melahirkan sesuatu perasaan itu. Niena tak sangka akan bertemu dengan dia (MFH) kali kedua. Sesorang yang dah lama buat Niena tersenyum dan rasakan macam terbang di awan. Perpisahan pertama yang dahulu akhirnya melahirkan pertemuan kali kedua.

Dulu Niena pernah menjauh kerana rasa bersalah sebab pernah simpan perasaan lain terhadapnya. Cuba sedaya upaya melupakan dan pergi sejauhnya. Tapi gagal.  Kita bertemu kembali dengan perasaan yang lebih utuh. Setiap kenangan, kata-kata yang dia katakan merupakan hadiah yang paling mahal pernah Niena dapat.

Tapi.
INI UNTUK AWAK - MFH :
Kali ini perpisahan kali ke-2 ini lebih pedih.
"Saya cuma anggap awak sebagai kawan yang paling baik & rapat yang pernah saya ada"
Mana pergi kata-kata harapan awak dulu?
Mana pergi ucapan mesra yang selalu awak sebut-sebut?
Mana pergi semuanya?
Kalau kita hanya kawan, kenapa awak bagi harapan seolah-olah saya adalah sesuatu yang penting dalam hidup awak?
Banyak persoalan yang masih belum terjawab.
Saya terpaksa pergi menjauh untuk pulihkan perasaan ini. Saya terpaksa jauhkan diri dari awak sebab saya rasa bersalah. Saya bersalah sebab simpan perasaan yang jauh terhadap awak.
Tapi sebelum saya pergi selamanya, saya perlukan jawapan atas harapan awak selama ini.

Dan suatu ketika,
Saya hampir mengalah bila lihat awak mengatakan hajat untuk keluar berdua bersama perempuan lain. Saya hampir pitam baca semua itu. Hati saya berdarah. Saya tak dapat kawal tangisan yang tiba-tiba keluar selaju-lajunya. Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya saya ketika itu. Saya menangis semahunya hinggakan mata ini terlalu pedih untuk melihat dunia. Seharian saya menggigil kerana masih terbayang kata-kata awak. Saya gagal dalam usaha ini. Saya gagal!

Kecewa yang awak ukir dek pengakuan SAHABAT itu masih bersisa. Tapi kini, pengakuan yang lagi pedih itu tak mampu mengubat hati saya. Saya tak mampu hentikan tangisan bila tiap kali teringat awak. Tahun baru yang seharusnya disambut bersama, kini hanya tinggal harapan. Ya, harapan yang sama macam pernah awak bagi dekat saya.

Jika awak dah dapat kekuatan untuk menjawab segala persoalan dalam hati saya, maka tampil di hadapan saya. Saya mohon tolong jangan seksa hati saya. Saya merayu MFH. Cukuplah 2 tahun saya menderita dengan harapan awak. Cukuplah selama ini saya hidup seolah-olah saya dipermainkan. Saya perlukan penjelasan atas semua ini. 

Kenapa awak lakukan semua ini? Kenapa MFH ! Ya Allah.

2013 penyambung kisah hati yang tak terungkai
 Coretan luah perasaan terpendam 2012 setakat ini saja. Sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsi. Tapi, bila pandangan dikaburi dengan butir-butir air mata, segalanya terhalang.

Nantikan entry seterusnya.

Assalamualaikum Januari, Assalamualaikum 2013, Assalamualaikum MFH.


Ratu Air Mata, 
Niena

0 comment artis!:

Post a Comment

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie