Wednesday, October 24, 2012

Cuti Semester Terakhir Budak 19 Tahun

Assalamualaikum semua. Selamat bercuti.
Perhatian : Entry akan dipenuhi dengan gambar!

First of all, Niena nak ucapkan selamat bercuti kepada semua warga kampus Uitm Segamat dan cawangan-cawangan yang lain termasuk juga kepada student IPTA dan IPTS semuanya. Alhamdulillah tamat sudah semester ke 3 Niena di Uitm Segamat.

Cuti semester kali ini adalah cuti semester terakhir bagi Niena enjoy enjoy as 19-years young! Sweet 19 kata orang. Tahun depan Insya Allah kalau berpeluang Niena mula membawa imej 20-an. Kalau ikut tahun, anggaran 20 tahun. Tapi kalau ikut tarikh lahir yang sebenar-benarnya, genap April nanti Niena sambut 20. Ramai orang sekeliling mula risau including Niena sendiri tentang status umur dan perangai umur 20-an. Bak kata orang, umur bukan penentu segalanya.

Dalam banyak-banyak semester, Niena paling sayang Semester Ke 3 ini. Sebabnya, banyak perkara berlaku yang selalu buat Niena tersenyum-senyum walaupun pada orang nampak simple & kecil. But I really appreciate it. Jom scroll kebawah sikit!

1. Research on Library Raja Tun Uda

Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam. Siapa tahu angkat tangan! The moment yang tak dapat lupa ialah masa kami berempat secara tak sengaja jadi sukarelawan untuk aktiviti di ruang kreatif bersama Abang Busran. Secara tak sengaja juga kami dapat ilmu buat Pop-Ups. Kalau tak memang tak pernah nak tahu.
2. Assignment Macromedia Director
 
Dalam banyak-banyak assignment, assignment ni yang paling Niena sayang. Even orang kata simple or nampak macam pelik tapi ada aku kesah! First time Niena hasilkan assignment using Macromedia Director 8.5 tiga hari tiga malam tak dapat tidur yang cukup. Kawan-kawan setia cakap Niena punya Macro dah macam games. Okay senyum angkat-angkat kening sebab berjaya hasilkan sesuatu yang lain.
3. Family Day Faculty Information Management.

Have fun together with them. Playing "Bola Sepak Kad Merah" yang kami tukar dari Bola Sepak Kain Batik. Siapa sanggup main main guna kain batik Cik Bedah oi! Senang cakap semua games ada muka kami. Nak release tension katanya. Lagi satu perkara masa ni kami sambut birthday makcik yang tudung merah tu, Atiqa nama dia. Okay promote sikit! Habis kau mandi ais.
4. Mini Exhibition Information Product & Agencies

Mini Exhibition ini ada kaitannya dengan research kami ke Perpustakaan Raja Tun Uda. Tengok banner dalam gambar di atas. Hah! Kami buat research pasal promotion towards information agencies. So, hasil dari itu kami kene hasilkan mini project or mini exhibition untuk memperkenalkan agency yang kami pilih. Nampak macam nerd, tapi siapa kata! Kalau nak tahu cerita lanjut boleh ikuti entry Niena sebelum ini. Then baru boleh judge okay.

5. Modul Part 3!

Bukan saja-saja nak letak gambar dia okay. Ada sebabnya. Modul semester ini berkaitan leadership, and kertas kerja. Okay mungkin nampak macam tak ada kaitan dengar orang ini. Sebenarnya ada! Modul ni lah yang membuatkan Niena jumpa dia yang mirip sebijik sebijan dengan sahabat Niena. Nama orang di atas : Fitry and nama sahabat Niena : Faeiz. Hah, nama pun lebih kurang F F juga! Entry sebelum ni ada cerita pasal kesah dua orang pelanduk ni. Totally amazing!
6. Kereta Sewa.

Firts time kami sewa kereta sepanjang menapak kaki di Uitm Segamat. Bunyi macam kelakar tapi itu lah cerita dia. Niena tahu call kereta and jadi penumpang sejati saja. Sambil jadi pasukan sorak. Okay, sem depan boleh selalu sewa kereta sebab lagi jimat and cepat. Itu yang pasti.

7. Merdeka Raya

Moment ini yang tak dapat lupa. Noktah!

Kepada yang berkenaan bertanggungjawab ke atas kegembiraan Niena, terima kasih banyak-banyak okay. Tak tahu nak balas apa, tapi terima kasih lagi sekali & juta-juta kali terima kasih. Until now kalau Niena ingat balik semua tragedi semua peristiwa sepanjang semester ni, wah memang tak sampai esok pun tak habis senyum.
Boleh bayangkan tak, 6 bulan macam-macam boleh happen. Macam-macam boleh bertukar!
Alhamdulillah semua dah selesai, kita nantikan apa yang akan berlaku semester depan on December. :)

4 comments:

  1. wicked~ bad... dalam bahasa melayu WAH!!!(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau pulak dialog aku "Dalam bahasa melayu boleh tak?" HAHA

      Delete
  2. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog bg komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog..chat blog tidak dikira nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete
  3. heheh pakjoe terjah blk sbb blog nie dh terjah blg pakjoe heheh pakjoe kn blk jika blog nie balas blk heheh

    ReplyDelete

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie