Saturday, September 15, 2012

Mini Exhibition | Final Project by US.

Assalamualaikum semua!
Entry kali ini akan penuh dengan gambar dan sila bersiap sedia.

Mini Exhibition | Student Part 3 Information Management.
Semester kali ini ada banyak kelainan berbanding semester 1 & 2. Kalau semester 1 subject course Niena lebih kepada assignment bertulis and semester 2 ofcourse lebih banyak buat video (lakonan actually). But this semester, lebih mencabar sebab melibatkan skill and performance. Selain Niena belajar editting and other skills in software macam entry sebelum ini, this sem Niena ada exhibition untuk final project assignment. Actually, ia bukan MINI EXHIBITION sebab kami ada Information Week special untuk course kami. Tapi memandangkan kesulitan dalam beberapa hal, terpaksa dibatalkan and kami buat Mini Exhibition melibatkan hanya 3 kelas daripada 5.

Mini Exhition dalam Dewan Kuliah. :)
Kenapa nampak kecil-kecilan sahaja? Okay pembetulan dan penjelasan sekali lagi. Ini adalah Mini Exhibition bukan Special Event on Information Week yang terbatal dengan sebab-sebab tertentu okay. That's why booth kami yang tak berupa booth ini macam ini rupanya. Actually hampir 30 group bersama-sama bersardin-sardinan. Group daripada kelas Niena sahaja dah hampir 10 group plus dengan 2 kelas lagi. Amboi, senang cakap riuh rendah suara masing-masing nak promote booth sendiri. Ouch!
Title Final Project kami ialah 'to Promote Information Product & Services' and team kami memilih Perpustakaan Raja Tun Uda sebagai destinasi utama. Seperti dalam gambar banner diatas.

Team Doraemon lagi sekali. Sila bosan dengan wajah-wajah kami. :)
Okay seperti biasa Team kami diwarnai oleh Bustop, Atiqa dan Aika termasuklah Niena. :) Kenapa Niena panggil team Doraemon? Sebab mostly readers yang baca entry sebelum ini dah kenal and selesa dengan nama Team Doraemon kami. So, better kekalkan daripada keliru yang berganda-ganda.

Team Doraemon bersama Mini Booth kami. :)
Okay kalau lihat ada bekas-bekas kecil tersusun dihadapan banner kami, itu sebenarnya aktiviti program kami. Dari kiri, kami sediakan brochure khas untuk 20 group terpilih - Handmade notebook Ulat - Games - Marker + readymade notebook. Even nampak simple and kecil-kecil, actually itu semua hasil dari air tangan Team Doramon sendiri. For those yang appreciate, kami sangat berterima kasih. Sayang kamu!

Sesi Baju Pendaftaran
Sesi Baju Pendaftaran yang sangat awesome dan padat. :)
Sesi Baju Pendaftaran semakin rancak dengan kunjungan yang tak putus-putus secara tiba-tiba

Kali ini bagi sesi pendaftaran Team Doraemon buat kelainan sikit. Pendaftaran kami berbentuk baju pendaftaran dengan hanya menyumbangkan tandatangan dan nama peserta. Bagi 40 peserta terawal akan mendapat saguhati dari kami berupa Marker Pen. Bagi 20 peserta berikutnya akan mendapat Readymade notebook berlambangkan 'PPAS' stand for Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang menempatkan Perpustakaan Raja Tun Uda sebagai destinasi kami. Peserta selebihnya akan mendapat saguhati yang lain.
Games 
Antara peserta-peserta terlibat. :)
Team kami menyediakan 3 jenis permainan : Puzzle, Block and Tembak-tembak.
Kebanyakan peserta addicted nak main Puzzle and Tembak-tembak atas sebab-sebab tertentu. Seperti dalam gambar diatas, Tembak-tembak tiada disertakan. Sebab apa? Permainan itu SANGAT kelakar dan sangat SCARY. Peserta yang main Tembak-tembak akan disertakan Pistol dan juga 3 batang peluru dimana mereka perlu menembak tepat pada sasaran cermin kami. Nak tahu rupa bentuk Pistol kami, jom scroll kebawah. Sikit sahaja!
Niena sebagai Duta Pistol. :)
Pemenang! 
Antara wajah-wajah bahagia pemenang!

Pemenang antara 3 games yang kami sediakan akan mendapat Handmade notebook Ulat daripada Team kami. Credit to Niena. Limited Edition, siapa cepat dia dapat. And now, credit to Fatinaz sebab sanggup main 2kali semata-mata nak berebut Notebook Ulat kami. Mungkin ia nampak kecil dan bukan secantik macam dekat luar sana, tapi ia adalah hasil titik peluh Team kami. Thanks sekali lagi bagi sesiapa yang sanggup nak bayar semata-mata nak dapatkan notebook Ulat kami. :)
Special Brochure From Us
2 dari kanan adalah gambaran Brochure kami. Credit to Bustop!
Brochure kami pun berbentuk Ulat. Disini kami sediakan facilities, services and tempat menarik dalam Perpustakaan Raja Tun Uda. Bukan itu sahaja, kalau ada yang berminat nak berkunjung, kami juga ada sediakan waktu perkhidmatan dan sedikit info tentang Perpustakaan Raja Tun Uda. Selamat menikmati perasaan teruja!

Evaluation From Our Charming Lecturer!
Sesi Pendaftaran bersama Puan Hazila. What a pretiest lecturer!
Okay semua tayang gigi. Cheese!
Okay Jelitawan yang berbaju Merah and tudung sedondon adalah lecturer kami bagi subjeck Promotion of Product & Services | IMD202. Walaupun agak lama kami tunggu saat-saat ketibaan Lecturer sebab Puan Hazila round ikut tempat and mini booth kami terletak ditengah-tengah. So, giliran kami agak lambat dan aktiviti pendaftaran & games terpaksa diteruskan. Nasib kami agak baik apabila dapat sambutan yang  terbaik dari puan. Thanks sebab support team kami. :)

Terima Kasih Daun Keladi

Gambar hiasan semata-mata!
For those yang terlibat and kepada group-group lain, kalian sangat awesome! Walaupun penat, tapi Mini Exhibition tadi sangat meriah. Tersenyum-senyum dengar suara-suara jeritan gembira and so on. :) Terima kasih tak terhingga daripada Team kami. JIM1103 E, D C sangat awesome!

p/s: Bagi sesiapa yang tiada dalam gambar, kesulitan amat dikesali.

3 comments:

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie