Friday, August 03, 2012

Team Doraemon | Terjah Berbuka Puasa

Assalamualaikum Readers!

Alhamdulillah genap 15 hari Muslim menunaikan ibadah puasa. Sedar tak sedar, kita dah berjaya menahan nafsu segala nafsu hingga ke tahap ini. Baru-baru ini, Niena & Team Doraemon berpeluang beli juadah berbuka puasa di Bazar Segamat. Selalunya kitorang membazar dalam Uitm. Tapi this sem, disebabkan masalah tertentu, tapak bazar kami dipindahkan dekat Cafe NR dalam kampus. Bayangkan beribu student terpaksa berhimpit semata-mata beli juadah berbuka puasa. Sumber makanan kami setakat ini (bulan puasa) hanya ada Cafe NR & IFC - Intan Food Court. Okay, bayangkan bagaimanakah perasaan kami ketika ini.

Bazar Segamat yang team Niena pergi boleh dikatakan gedung bazar yang agak besar dan panjang. Banyak makanan yang Niena tak pernah jumpa and ofcourse belum pernah makan. Terutamanya Satah. Sungguh Niena tak pernah makan Satah & tak pernah tahu makanan tu wujud. Okay, nampak sangat saya tak pernah mencuba makanan baru. 

Ini nama dia Satah. Dibuat dari isi ikan.
Maklumat lanjut, sila Google.
Okay, nak dijadikan cerita - antara kami hanya Adeeqa & Aika saja yang ade lesen memandu. Nak harap Niena? Nampak gaya memang tak bergeraklah kereta tu. Makluma saja, Niena hanya ada lesen motor! Atas persetujuan semua pihak, dengan perasaan semangat yang tiba-tiba terus booking Myvi. Niena memang semangat walaupun cuma tau duduk diam-diam dalam kereta. Dah nama berjalan, siapa tak suka kan. Credit to Adeeqa & Aika sebab sudi jadi driver terbaik untuk penumpang belakang.

pemegang stereng perdana : Adeeqa.
penumpang hadapan : Niena
penumpang belakang dari kiri : Bustop , Aika
Thanks geng! Peristiwa dekat stesen minyak memang tak dapat lupa. masing-masing muka gelabah tak reti tuang minyak. Okay, kepada budak part 1 yang terserempak tu, terima kasih lah banyak-banyak sebab tolong senior. Okay, saja buat muka kesian sebab dah takde siapa yang boleh tolong lagi masa tu. Pembetulan, kami bukan tak pandai tuang minyak, tapi takut sebab belum pernah ade pengalaman dalam bidang tu. PEACE!

Salam Ramadhan Bloggers!




4 comments:

  1. Replies
    1. bila masa pulak buat pilihan raya ni.

      Delete
  2. sedap nyer.....lame dh xmkn satah ni......slalu jumpe otak2 je...nyum2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru first time makan satah. hihii, niena pun suka! otak-otak belambak boleh dpt dekat pasar, tp satah belum tentu.

      Delete

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie