Monday, August 13, 2012

marathon 72 jam berjuang untuk assignment | mata panda

Assalamualaikum bloggers!
Selamat Berpuasa & Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Alhamdulillah dengan perasaan gembira & lega, Niena berjaya hasilkan projector macromedia dalam tempoh 72jam = 3 hari. Okay, tanpa tidur malam dan hanya berbekalkan mata panda dan otak yang semakin kecut. Saja nak mention, ini bukan sesuatu yang mudah. Kalau nak tau payah atau tak, cubalah! Actually, due submittion date 14 Ogos, tapi oleh kerana tak nak buat kerja last minute, niena siapkan sehari sebelum due date. Fikir-fikir balik, Niena pun bukan siapkan awal sangat-sangat tapi yang penting on time. Itu yang penting.
72 jam tanpa tilam dan bantal!
Bagi Niena, ini adalah rekod keemasan terbaru sepanjang 19 tahun Niena hidup. Tak terfikir nak cuba-cuba tapi oleh kerana terlalu teruja nak siapkan assignment. Macromedia antara subject yang paling Niena suka terutama ia melibatkan praktikal & skill. That's why Niena sanggup ketepikan tilam dan bantal semata-mata untuk Macromedia. Wah, muka kepuasan!


salah 1 element dalam macromedia yg Niena selitkan | using Photoshop :)
Kenapa 72 jam? Kata orang sehari pun boleh siap. Sukacita nak dimaklumkan, Niena belum capai tahap advance macam kalian yang ada kelebihan tangan dan otak yang pantas. I'm a little bit slower! Selain itu, hampir kesemua bahagian Niena gunakan photoshop untuk mengedit dan sebagainya. Photoshop bukan benda yang mudah - sangat rumit dan perlukan kesabaran. Macam photo dekat atas, Niena ambil masa hampir 2 jam nak hasilkan. Terbuktikan, Niena masih belajar & belum expert lagi dalam benda-benda macam ni.
DUGAAN | Bak kata orang, masalah yang mematangkan kita. Okay, Niena admit. Dugaan yang paling Niena tersentap bila hampir jam ke 48. Masa tu program Niena debug (damaged). Dah try betulkan balik & cari jalan semata-mata nak selamatkan macro yang 70% nak siap. Air mata dah bergenang tinggal tunggu masa nak melimpah-limpah. Kawan-kawan pun dah sedaya upaya tolong & last, terpaksa tamatkan riwayat macro yg dah 70% hidup. Dengan semangat yang tiba-tiba hilang, Niena buka Director baru dan mulakan macromedia yang baru. Nak menangis, menjerit memang tak datangkan hasil. Muka pasrah! Itulah namanya dugaan. Bonus dalam bulan Ramadhan lagi~

Alhamdulillah, segalanya dah siap. Lecturer, nantikan peta jelajah macromedia saya!

Okay, ini peta jelajah kedunia Sista Niena. :)


5 comments:

  1. haha..awak nie,sy sehari siap pon ta segempak awak taw..haha..mg lama na siapkan kalau pakai byk software..lg2 photoshop..so mmg agak susa la na menyiapkan bende nie..kalau semata director mmg blh siap sehari.. gud luck syg! (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mana ada gempak kak. kita punya simple sangat. tak la advance pun, idea dah keringla. alhamdulillah bejaya siapkan. marathon!

      Delete
  2. woah..santeknya N.R punya..aku nya macromedia dh mcm sampah...hohoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa-biasa je. takde idea masa ni. dah malas nak perah otak. gambar tu je pun sebahagian dlm macro. full punye biase2 je. ijat punya laa cun.

      Delete
  3. Assalamualaikum tuan tanah..

    Singgah sini semula.. thanks kerana pernah review blog saya di zaman awal-awal saya start blogging..thanks.

    Jemput singgah ke www.kisahsigemok.com (dulu: kisahsigemok.blogspot.com) :)

    ReplyDelete

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie