Saturday, July 14, 2012

Program Family Day IMS | Parti Sirap Kiwi

Assalamualaikum Buih-Buih-Readers!

go niena go fighting!

Sekali pandang dah dapat agak program apa yang Niena attend. Nak highlight sikit, hari ini 14 Julai 2012 for those yang terlibat dengan fakulti Information Management harus attend Program Family Day. Aktiviti program lebih kepada games & sukaneka. So, kalau dah bersukan mesti pakai macam iklan di atas. 

Percaya atau tak, mostly games semua team Parti Sirap Niena join. Dari first aktiviti sampai lah yang terakhir, kecuali futsal batik sebab semua kaki bangku. So, terpaksalah kita orang minta izin dari Sir untuk buat game sendiri dari futsal batik change to bola sepak kad merah. Kenapa kad merah? Madah semua pemain kaki bangku asyik kerja nak out je. Memandangkan kad merah tak ada, guna tudung merah pun jadi sambil kibar-kibar 'kad merah-kad merah'.

Ini adalah team bola sepak kad merah kami pada awalnya.
Lihat pada semangat kaki bangku kami. *maaf kawan-kawan
Berposing dimana sahaja adalaha trademark kami.

Habis penat lelah kami bertungkus-lumus join aktiviti, dari main pijak-pijak belon, baling belon air, bola sepak kad merah, galah panjang & banyak lagi. Paling tak dapat lupakan game pijak-pijak belon dengan semua team dari Part 1 sampailah Part 6. Terbuka kepada sesiapa. Mula-mula plan nak sergah junior Part 1, tapi at the end takut sangat kena kejar dengan jejaka junior Part 1. Sumpah penat jerit-jerit lari selamatkan diri. Lumrah lelaki, memang ganas & itulah yg membuatkan Niena scary sampai dapat sergahan serigala oleh mereka. Okay, nanti Niena buli balik!

Team kuat menjerit.
Memeriahkan suasana memang hobi kami

Ini lagi
Kemuncak - Team kami sekali lagi meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran Atiqa Saleh. Even lambat nak buat serangan sambutan birthday kamu, tapi at least dah tercapai matlamat buat Parti Sirap Kiwi. Sweet 19 Darling. Habis basah lencun baju seluar semua. Nak surprise punya pasal, kami ignore the others sambil mengimbau kenangan lama dengan main kejar-kejar simbah air. Extra mark for me sebab guna serangan ais. Habis menggelupur siapa yang kena penangan aisberg Niena yg agak besar. Actually, besar tapak tangan! Okay. saja nak cakap gempak sikit. :)

Team Parti Sirap Kiwi

Happy Birthday Darling.
Si Merah adalah Atiqa Saleh. :) 
p/s : For those yang tiada gambar disini harap maaf. Entry terlalu panjang. Next time Niena letak gambar kenangan kalian pulak okay. Thanks baca sampai bawah. :)




4 comments:

  1. Replies
    1. happening kan. wuhuu, best sangat event ni. dah lama tak main sukaneka!

      Delete
  2. Replies
    1. maap maap, masa ni mana de sesi begambar dengan kau. hihii

      Delete

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie