Sunday, February 19, 2012

Tipu Sunat , Tipu Harus dan White Lie

salam semua readers!

Tipu Sunat atau Tipu Harus?
mesti macam dah biasa dengar tipu sunat kan? kalau tak pernah buat pun, mesti pernah dengar sebab perkara ini dah jadi kebiasaan lagi-lagi masyarakat Melayu. penggunaan gaya bahasa orang dulu-dulu membuatkan kita terikut-ikut dengan gaya bahasa yg kurang tepat. dalam Islam tidak ada istilah tipu sunat tetapi Tipu Harus atau berhelah. tipu dan bohong ini benda sama, dan hukum pun tetap sama-sama berdosa. dalam erti kata lain. mengatakan sesuatu yang tidak benar tentang perihal sesuatu perkara. ada yang berpendapat tipu sunat  tipu harus tidak berdosa sama sekali. niena tak menyokong atau membantah kerana ia bergantung kepada niat seseorang. dalam erti kata lain tipu sunat tipu harus lebih kepada berhelah untuk mendatangkan rasa gembira kepada orang yg sedang bersedih, mendamaikan pergaduhan, memelihara maruah diri dan yg sewaktu dengannya dan digunakan pada situasi yg tidak dapt dielakkan sahaja. ada pula yang mengatakan tipu sunat  tipu harus itu menyatakan perkara palsu atau berhelah untuk mendapatkan sesuatu kebaikan.  wallahualam.
dalam Islam ada mengatakan bahawa cara yang terbaik dari menipu adalah berdalih ataupun tidak berterus-terang. imam al-Bukhari ada menamakan 1 bab dalam Kitab Sahih Bukhari : "berdalih adalah cara selamat mengelakkan bohong" (Sahih Bukhari, Bab al-Adab - Kitab Adab, bab 116). berdalih yg dimaksudkan ialah berkata sesuatu yg ada maksud tersurat dimana pendengar cerita tersebut faham tetapi mengandungi maksud tersirat tentang perkara sebenar dengan bahasa yg betul. syarat bagi berdalih ini mestilah tidak membenarkan perkara yg sememangnya salah atau sebalinya. salafussoleh dan imam-imam terkenal pernah menggunakan kaedah ini atas sebab-sebab tertentu.
adalah sebaiknya menyatakan sesuatu yg benar daripada anda berkata bohong. kalau dah terbiasa tipu takut-takut jadi kebiasaan dan berhijrah kepada perkara-perkara yg lebih melarat. belajar berkata benar walaupun pahit.

White Lie
white lie kalau dalam bahasa melayu disebut tipu putih. selalunya warna putih menandakan kesucian dan kebersihan sesuatu perkara yg tidak dicemari dengan tipu muslihat. lain pula dengan tipu atau bohong yg sememangnya kita tahu ia perkara yg berkaitan tipu. white lie pada dasarnya tidak berkaitan tentang menipu. ia seakan bercakap benar tapi tidak sepenuhnya benar. macam complicated sangat kalau nak faham. disini niena sertakan contoh yg mungkin membuat anda lebih faham:
#1: apabila jiran anda bertanya tentang apa yg anda lakukan malam semalam. anda menjawab tengok tv then terus masuk tidur. (perkara betul). tapi sebenanrny anda tidak memberitahu sebelum anda tengok tv dan tidur anda telah baling mercun beserta cat dirumah jiran anda. - kiranya anda tidak menipu sebab memang betul anda tengok tv then terus tidur.
#2: rakan anda bertanya, 'kau dah mandi'. anda lantas menjawab sudah. sudah disitu bererti sudah mandi semalam atau malam semalam. walhal anda belum mandi pagi itu sebab rakan anda tidak tanya 'kau dah mandi pagi tadi?'
secara amnya, white lie ini susah nak diperbahaskan sebab anda tidak menipu walhal anda berkata perkara yg benar cuma cara pemberitahuan yg agak berbeza. penjelasan atau pertanyaan terperinci diperlukan untuk mengelakkan white lie ini. dalam diam, anda pasti sering melakukan white lie!


sumber:

0 comment artis!:

Post a Comment

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie