Monday, December 26, 2011

tudung bawal versi nienaryonie

tudung bawal versi nienaryonie
atas permintaan segilintir teman-teman, sahabat handai, rakan taulan dan sesiapa yg terasa dekat dengan niena, maka terhasillah experiment baru terhadap tudung bawal ini. kadang-kadang sampai tersasul pula bila dengan yakin dan kuatnya menyebut 'tudung bawang'. punya nak cover malu, cepat-cepat mention semula bahawasanya niena sudah lama meninggalkan identiti pemakai tudung bawal akhir tahun 2009. kalau semua koleksi penuh dengan shawl-lah, pashmina bagai, memang pupuslah tudung bawal dalam kamus koleksi niena. tambah-tambah niena sendiri mempromosikan tudung sarung a.k.a tudung ekin a.k.a tudung yang ada awning. kalau tak penah dengar tudung sarung, ringan-ringankan tangan menggoogle okay.
tak sabar-sabar niena cuba-cuba semula pakai tudung macam dulu-dulu. payah tu memang payah bila tarik sini, sana pula senget. tarik sana, semua dah tak betul. tarik punya tarik sampai rasa macam nak give-up pun ada, last-last jadi seperti gambar di atas. sangat buruk dan kurang kemas! walaupun begitu, niena sempat buat tinjauan khusus bagi try and error dekat tudung bawal ini. maka, terhasillah komentar-komentar dari mata-mata rakan niena sendiri. mari kita lihat apa kata mereka :
  • 'anda tampak lagi dewasa!'
  • 'niena, kenapa ada senget-senget ni? sini aku tolong betulkan.'
  • 'amboi niena gaya baru!'
  • 'niena, rasa macam lain lah pakai macam ni. lain kali kekalkan pakai shawl.'
  • 'wah, macam kanak-kanak riang!'
  • 'kenapa tudung kau macam ni?'
  • 'comelnya dia!' (mungkin dia perli niena)
  • 'sudah-sudah lah betulkan tudung dia dari tadi'
  • 'lain kali pakai lah macam ni selalu. ada kelainan.'
  • 'macam pelik saja bila kau pakai.'
  • '--------------' tak terkata apa-apa. (buruk barangkali)
macam-macam persepsi yang niena dapat dari percubaan tinjauan ini. tak tahu nak pakai lagi atau tak. masih berfikir nak wujudkan koleksi tudung bawal atau tidak. yang penting, niena dah makbulkan permintaan kalian dan mungkin hajat niena sendiri.

2 comments:

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie