Tuesday, December 27, 2011

lakonan pertama saya.

peringatan! niena bukan berlakon filem atau drama panjang berjela-jela.
 untunglah badan kalau dilamar mana-mana production perfileman! nampak gaya memang jauh ayam dari microwave. bakat pun berhabuk lagi nak berlakon besar-besar. kesian dekat production kalau ambil niena berlakon. tak pasal-pasal terus bungkus. jauh betul niena merepek meraban, nampak sangat imaginasi tinggi. maklumlah, imaginasi tanpa sepadan!
berbalik semula kepada lakonan bukan filem atau drama panjang menjela-jela tadi, niena sebenarnya join contest 'filem pendek bertemakan 1 Malaysia' anjuran fakulti bahasa kampus Uitm cawangan Segamat sahaja okay. sebelum terlupa, niena and classmate join contest ni. actually kami tak jangka pun nak join bagai lagi-lagi contest filem pendek. lecturer kelas BEL kami yang agak memujuk dan mendorong kami supaya support contest fakulti. kami pada mulanya memang teragak-agak samada nak join atau tak. bayangkan kami cuma ada masa seminggu untuk siapkan 'semuanya' termasuk dialog, lokasi shooting, lakonan and lastly burn dekat CD. bayangkan seminggu dan kami hanya mengambil masa 1 hari untuk shooting. tanyalah mana-mana production sekalipun, tak ada shooting banyak-banyak scene hanya 1 hari dan cuma guna kamera phone! sedih sangat sebab kualiti tak berapa baik. sound pun macam ala-ala orang pekak dengar. tapi mungkin nasib kami baik, alhamdulillah usaha kami tak membazir macam air. puas kami bergadoh sebab cari dialog yg sesuai, ada yang bersengkak mata edit subtittle bagai, dan ada yang demam-demam pun sibuk jadi wartawan!
kami berjaya walaupun tempat ke-3! 
barisan belakang berdiri dari kanan: adeeqa, pija.
barisan tengah duduk dari kanan: nienaryonie, shazwani, farah, saidiqa, aishah.
barisan hadapan duduk saja: irsyad
hendak tahu apa yg kami bikin dalam filem ni, pernah dengar dokumentari khas? macam ala-ala terjah nas ahmad pun ada, tapi ini versi sopan santun sikit. nama pun 1 Malaysia. ada tok ketua, nama dia hitam bin putih. siapa lagi kalau bukan lelaki tunggal dalam group kami. ingin saksikan 'sparta production'? niena mohon maaf atas kesulitan mengupload video dalam 'buih-buih nienaryonie'. i'll try my best untuk upload filem kami. segala kesulitan amat dikesali.
credit to Sparta Production!

2 comments:

  1. Tahniah.. mane tahu nanti satu hari awak ad rezeki berlakon.. ;)

    ReplyDelete

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie