Thursday, December 22, 2011

7 petala cinta is coming!

review sedikit tentang ombak rindu yang memecah kegilaan remaja, diadaptasikan dari novel ombak rindu. pada kaca mata niena sendiri, karya agung tersebut cukup menyentuh jiwa yang benar-benar menghayatinya. bohonglah kalau niena sendiri tak menitik air mata, tetapi tidak lah sampai tersedu-sedu sebegitu rupa. agak berlainan sedikit dengan jalan cerita novel sebenar. macam harry potter juga, jauh benar beza dari dalam filem dengan novel sendiri. jujurnya, penyampaian 'sedih' tersebut kurang sampai dalam diri niena sendiri. mungkin sebab faktor jalan cerita yang cepat sangat ditukar scene lain. baru nak tangkap feeling, terbantut pulak dengan scene lain. tapi, overall niena berpuas hati dengan adaptasi ombak rindu. walaupun, tidak meraung-meraung testing suara bagai, tapi masih terkesan dalam hati. congratulation untuk aaron aziz & lisa surihani yang banyak memberi kesan dalam ombak rindu. bak kata mila, "itu bukan redha. tapi pasrah. redha tu ikhlas, pasrah itu menyerah". jadi, niena pasrah dan redha dengan kemampuan production layar perak kita. tahniah lagi sekali sebab berjaya hasilkan ombak rindu the movie. :)
sempat pulak nr jeling-jeling banner filem yang akan datang. 7 petala cinta! tak sabar nak tunggu.

4 comments:

  1. x best pun ombak rindu......sama mcm drama melayu yg biase kte tgok kt t.v...7 petala cinta tu adaptasi dri novel jugak ke?

    ReplyDelete
  2. 7 petala cinta tak pasti dari mana. tapi tgk playback dia macam agak seronok. harap best. :)

    ReplyDelete
  3. ombak rindu? so far, okaylah production kita mampu buat movie macam tu.

    ReplyDelete

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie