Thursday, November 03, 2011

satu jari untuk kiraan 4 november!

kalau semalam, cik niena boleh angkat dua jari sebagai tanda dua hari nak tunggu tanggal 4 november. ala-ala simbol peace gitu. :) tapi tidak bagi hari ini. jari telunjuk dah sound direct jari hantu supaya tinggalkannya bersendirian untuk merenung nasib tanggal 4 november. sekarang, tinggal satu jari yang berdebar-debar tanpa hala tujuan walaupun sudah terang-terang jari tak punya jantung. ayat hiperbola harus dan hampir wajib pada kesemua entry post niena. seronok bermain dengan bahasa, tapi jangan sampai tersalah tafsir sudahlah.
dari tadi tak henti-henti mention pasal 4 november. ada apa tanggal 4 november? oh, semestinya tarikh keramat yang niena nantikan untuk tahu setinggi mana prestasi kebijaksanaan otak niena berfungsi, atau dalam bahasa ringkas tarikh result final exam semester 1/2011. semua rakan facebook dah kecoh pasal perasaan mereka-mereka, siap countdown lagi. yang tak menahan ada yang pangkah dekat kalendar sambil menggigil tangan. (itu bukan cara cik niena okay! jangan main tuduh. ) bohonglah kalau niena cakap sikit pun tak ada perasaan gementar. tapi saat sekarang dah tak ada apa yang kita boleh buat melainkan berdoa agar kita dapat bersabar dan tabah dengan keputusan kita nanti. yelah, dah setakat itu sahaja semampuan otak kita bekerja keras, mesti redha dengan usaha yang dah dibuat. kalau ada perkataan yang salah atau sukar nak diterima, tapi niena percaya sedikit sebanyak ada benarnya.
untuk menghilangkan perasaan yang macam-macam dan untuk lupakan sebentar nasib mimpi yang kita ukirkan esok, mari sertai nyanyian penghibur ini:
london bridge is falling down,
falling down, falling down,
london bridge is falling down,
my fair lady.
p/s : rentak lagu sama dengan 'mary had a little lamb' okay. selamat menghiburkan hati!

2 comments:

  1. insyaALLAH..
    akan ada hasilnya..^^
    gudluck ye!

    ReplyDelete
  2. thanx husna. wish u luck juga. seram nie. :)

    ReplyDelete

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie