Sunday, November 13, 2011

perkara yang mendatangkan kemudaratan dalam hidup II

seperti yang dijanjikan dari empunya coretan ini untuk mengkhabarkan lagi 20 perkara yg mendatangkan kesusahan dan kemelaratan dalam hidup jika diamalkan. sekadar berkongsi dan tiada paksaan dari mana-mana pihak. segala usaha yang datang dalam diri individu adalah hak persendirian.

sambungan entry yang lalu :
  1. memadamkan lampu dengan nafas seperti meniup api.
  2. membuang kutu dalam keadaan masih hidup.
  3. mencuci kaki dengan tangan kanan.
  4. membuang air kecil pada bekas yang bertakung.
  5. memakai seluar dalam keadaan duduk atau sambil duduk.
  6. memakai serban dikepala sambil berdiri.
  7. mandi junub ditempat membuang air besar atau kecil.
  8. makan dengan keadaan menyepit iaitu dengan menggunakan dua jari sahaja.
  9. berjalan diantara kambing.
  10. berjalan di antara dua perempuan.
  11. berbekam pada hari ketujuh belas.
  12. terlalu banyak mempermainkan janggut.
  13. menghubungkan jejari tangan disekeliling lutut iaitu dengan mendakap / memeluk lutut dengan menyela-nyela jejari tangan.
  14. meletakkan telapak tangan di hidung.
  15. memotong kuku dengan gigi.
  16. membuka aurat di muka matahari atau bulan.
  17. membuang air kecil atau besar dengan menghadap kiblat.
  18. menguap diwaktu solat.
  19. berludah dalam tandas (jamban) atau dalam abu bakaran.
  20. menongkat dagu.
sebahagian dari perkara yang disenaraikan, selain menjadi amalan orang-orang dahulu atau lebih dispesifikasikan sebagai golongan orang-orang tua, datuk nenek kita dahulu yang antaranya (perkara) terdapat di dalam al-Quran dan hadis yang disebut oleh Allah SWT dan Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW melalui perumpamaan, kiasan dan pengajaran. perkara-perkara yang disenaraikan dikupas dari naskah Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Allah.

p/s : bukan dongeng semata-mata.

0 comment artis!:

Post a Comment

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie