Saturday, November 12, 2011

perkara yang mendatangkan kemudaratan dalam hidup

kalau membicarakan tentang hidup atau norma kehidupan, ini bukan melibatkan tentang kitaran waktu saat, jam mahupun hari. tetapi ditegaskan ianya melibatkan kehidupan sehari-harian seseorang sehinggalah ke arah limit akhir hayatnya atau boleh disimpulkan sebagai hari penghujung kehidupan (kematian). sukacitanya ingin niena berkongsi serba-sedikit sesuatu tentang perkara yang mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan jika diamalkan sebagai rutin atau tabiat diri. ilmu yang niena jejaki ini diambil dan dikupas isu-isunya sendiri yang diterbitkan dari sebuah buku berjudul Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Allah.
terdapat 40 perkara yang mendatangkan kemaslahatan dalam hidup jika diamalkan dan wajarlah dijauhi sama ada melalui usaha ikhtiar mahupun doa. sedari niena banyak perkara yang selama ini dilakukan rupa-rupanya mendatangkan kesusahan dan kemelaratan dalam kehidupan sendiri. bukan hendak mengata atau memperbetulkan kehidupan orang lain, tetapi hanya lebih kepada menyedari diri sendiri dan berusaha memperbetulkan apa yang salah. harap-harap agar niena berjaya mengubah nasib yang selama ini membelenggu kesusahan hidup. lebih kepada berjuang untuk kejayaan hidup duniawi dan ukhrawi insya allah.

40 perkara topik tersebut :
  1. membakar kulit bawang merah atau bawang putih.
  2. tidur secara meniarap
  3. menyapu rumah pada waktu malam
  4. menyapu sampah atau habuk dengan kain
  5. tidak membersihkan rumah. lebih kepada membiarkan rumah dengan bersawang, bersampah dan berjelaga
  6. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung kecuali dengan menyamak najis mughallazah. najis mughallazah menurut islam adalah najis berat iaitu anjing dan khinzir (babi).
  7. membasuh tangan pada bekas tempat makanan.
  8. duduk diatas tangga.
  9. bersandar pada salah sebuah satu daun pintu.
  10. berwhuduk pada tempat buang air (dalam tandas/jamban)
  11. menjahit baju yang sedang dipakai
  12. mengeringkan mukan dengan baju yang sedang dipakai.
  13. berdiri sambil bercekak pinggang.
  14. tidur tanpa berpakaian atau bertelanjang.
  15. makan dalam keadaan junub.
  16. cepat-cepat keluar dari masjid setelah solat Subuh.
  17. pagi-pagi buta keluar kepasar dan;
  18. pulang dari pasar yang paling lambat (terakhir).
  19. mendoakan yang tidak baik bagi orang tua, anak atau pemimpin.
  20. tidak suka menutup bijana (bekas)


p/s: 20 lagi perkara akan disambung kemudian. bersama-samalah berusaha menjauhi.

0 comment artis!:

Post a Comment

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie