Monday, November 07, 2011

nombor empat diapit tiga!

alhamdulillah syukur kepada Tuhan yg Maha Esa.
pernah sebelum ini ada yg turut serta membuat perhitungan menunggu keputusan peperiksaan akhir UiTM kampus seluruh Malaysia. jangan lupa niena turut serta dalam membuat kiraan sedemikian sambil berdebar-debar tak tentu pasal kadang-kadang kelihatan histeria gamaknya. maklumlah, peperiksaan pertama sepanjang memegang status Semester 1.
berbalik kembali kepada keputusan yang sudah tentu-tentu keluar tepat tanggal 4 november, dan kini menjelang 7 november. lewat 3 hari untuk membuat perkhabaran memandangkan niena masih mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan ini semua. bohonglah kalau niena kata tak bersyukur dengan pointer yg tercatat. tapi apa yg berlaku sekarang memang sukar nak hadapi. tambahan pula ramai sahabat telah mencapai pointer yg sangat memberangsangkan seperti teman facebook, Azan Shukor. tahniah sekali lagi niena ucapkan atas kejayaan kawan-kawan dan kepada teman yg gagal mencapai target pointer seperti saya sendiri, niena mendoakan agar bersama-samalah kita berusaha untuk tingkatkan prestasi dimasa akan datang.
sebelum terlupa, niena hanya dapat meragut tiga point empat tiga sahaja. masih ada 0.07 untuk menggapai dean list atau lazimnya kami menyebutnya dekan. jujurnya memang diakui bahawa niena mengejar pointer yg selayaknya mendapat dekan. untuk apa berbohong kalau awal-awal lagi sudah terkilan dengan pointer yg tidak seberapa ini. untuk menyedapkan hati jiwa raga ini, niena kembali kepada ketentuan dan pemberian Allah SWT. niena turut bermuhasabah diri dan berfikir sejenak kelemahan dan kesilapan yg melalaikan sampai-sampai niena alpa. inilah akibatnya yg harus niena perbaiki dan jadikan iktibar. doakan niena terus tabah dan lebih bersungguh-sungguh untuk lembaran seterusnya, insya allah.

p/s : tahniah kepada kamu-kamu yg berjaya dan usaha lagi kepada yg sebaliknya.

2 comments:

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie