Monday, October 31, 2011

padan muka!

booo, padan muka kau niena!
sekarang tak tau nak cakap apa. besyukur? lega? suka? atau rasa macam nak jerit kuat-kuat sampai lebam. tapi yang pasti perasaan rindu dekat cik blog saya nie menebal gila. lepas ni tanak tinggal-tinggal lagi macam dulu. rasa macam nak terkencing bila tak boleh nak sign in sebab tak ingat password. aduh, nak kata ram rendah, baru lepas upgrade. nak kata banyak makan semut, semut pun tak berani nak dekat dengan aku. pengajaran dari kejadian malang ni, pandai-pandailah save password kalau terasa otak tu tepu.
kenapa niena tinggal dunia blogger dalam jangka masa yang lama? sebab sibuk mengaktifkan diri dalam facebook. sana-sini asyik dalam isu facebook. kadang-kadang berita semasa pun dapat dalam facebook. tambah pula sekarang niena belajar dekat UiTM, semua info terkini mereka-mereka update dekat facebook. nak kata kawan maya banyak tak lah banyak sampai beribu-ribu, tapi nak eratkan hubungan sesama 'facebookers' punya pasal, tu yang tetiba jadi hyper. sampai lupa nak jenguk cik blog saya.
nasib baik entah macam mana lepas pulak password yang telintas. masa tu rasa macam nak peluk kuat-kuat laptop ni. hah! baru kau tahu sekarang niena apa itu erti penyesalan. lepas ni kalau boleh nak balance antara dunia facebook dengan blogger. tak ada lah istilah anak tiri lagi. jangan merajuk okay cik blog!

letih aku nak melayan dua-dua anak internet!


p/s : nak jaga blog ni sampai tua!

0 comment artis!:

Post a Comment

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie