Monday, July 25, 2011

sandaran melampau

kalau sekali, mungkin nasib
kalau dua kali, mungkin cukup,
tapi dah berkali-kali rasa macam nak 'penangan'.

buruk tahap bulan bila buat muka bengang
sandar-menyandar = harap-mengharap
pernah fikir tak perasaan orang yg jadi mangsa sandaran? mula-mula sekali dua memanglah sikit pun tak kesah. masih boleh senyum lagi, gelak-gelak bagai. tapi bila dah berkali-kali, terasa macam diperguna. sumpah seronok sangat diperlaku sebegitu.
selalu terfikir, kebaikan akan dibalas kebaikan. hakikatnya,masih  tunggang-langgang. belum jumpa dibalas atau terbalas kebaikan. dalam perjalanan barangkali. perasaan 'geramji' masih ada apabila dimanfaatkan tanpa rela,tapi lumrah manusia. hanya pandai membicarakan kata maaf tapi hanya dibibir. bila hari berganti hari,kata maaf mula lenyap dan penyesalan sesat entah kemana. beringat-ingat sikit akan kebaikan yg disalurkan, takkan mahu terus dimakan suap atau dicop sebagai 'penyandar tegar'.
selalu juga peribahasa 'usaha tangga kejayaan' diperkatakan. tapi malangnya, 'kamu' masih gemar sandar-menyandar. tabiat barangkali.

2 comments:

  1. i guess yr malay language is superb :D hopefully to meet u next semester ;)

    ReplyDelete
  2. thanx miss fi. see u next semester! :)

    ReplyDelete

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie