Saturday, July 23, 2011

kakak fasilitator motivasi.

SK. L.K.T.P Felda Pemanis 2, Segamat.
cerita kakak fasilitator motivasi :
pertama kali menjejakkan kaki dibumi sekolah rendahan bukan berpegang pada status murid, pelajar, kakitangan, mahupun pelawat. tapi hanya berstatus fasilitator motivasi merangkap pembantu bagi menjayakan program motivasi selama 3 hari 2 malam. kadang-kadang macam tak percaya nak handle murid-murid yg almaklumlah perangainya. sumpah,kali pertama handle sekolah orang.
orang tua-tua dahulu kala selalu kata, langit tak selalunya cerah. ataupun,langit yg disangkakan cerah takkan selalunya cerah. (peribahasa sendiri.). sepatutnya sampai tepat jam 12.30 tengahari, tapi terpaksa tertunda hingga jam anggaran 4.30 petang. bayangkan program bermula jap 2.30 dan kami tiba lewat-selewatnya. tebal 12 inchi muka tak tahu nak tapis kat mana.
bayangan minda. antara program yg sangat menyentuh kepala otak dan seluruh sel-sel pemikiran. caranya mudah dan hanya perlukan bayangan. tak semena-mena macam-macam variasi istilah yg keluar hasil dari program motivasi kami. bayangan minda-lah. pulau harapan-lah. hanya warga fasilitator saja yg memahaminya, nienaryonie (saya sendiri), hanis, abang din, dan abang arep. abang din selaku motivator muda yg banyak berhujah memotivasikan pelajar. walaupun usianya baru menjangkau 20 tahun, tetapi jauh disudut hati ini sangat mengaguminya. sangat. sangat. walaupun masih mentah, tapi abang din berjaya menjadi pengendali yg baik dan gayanya seakan sudah puluhan tahun melibatkan dalam dunia motivator ini. pernah sekali dia mengutarakan hasrat untuk membuka perniagaan motivator sendiri. jauh dalam hati ini menjerit untuk menjadi rakan kongsi. tanpa cuma terkesan pada senyuman.

hanis, abang din, abang arep & ayah haji.

tertanya-tanya kehadiran ayah haji? beliau setia menjadi tenaga pengajar dalam program motivasi terutamanya dalam konsep 'bayangan minda'. ayah haji beperwatakan rendah dan sangat mudah berinteraksi. sempoi habislah ayah haji.
kakak fasi dah macam budak sekolah rendah. isu yg semakin menjadi-jadi dan dah tak tahan nak dengar walaupun separuh rela. macamlah tak tahu saya dah memang 'sebegini',perwatakan tak seiring dengan usia gamaknya. kesah tu tak berapa nak kesahlah asalkan perasaan hormat tu still ada. mungkin adik-adik motivasi tak tengok kakak fasi dia nie berangin satu 'tubuh'. hah,nanti baru ada khabar berita yg kakak fasi macam mak orang. bahan gelak tak sudah!

jangan cakap macam budak sekolah rendah!
kesimpulan di akhir program, abang-abang & kakak-kakak fasilitator terlentok kepenatan walaupun duduk dibaris hadapan tetamu. mata kami bertentangan walhal di alam 'bayangan minda'. perasaan?sejujurnya sedih sangat-sangat. walaupun sekedar 3hari melewati hari bersama peserta kem motivasi, tapi kekuatan ukhuwah tidak sesekali luntur. terkenangkan saat bersama rakan-rakan fasilitator, membuat hati ini bertambah sayu. mungkin itu kali pertama dan terakhir kami bekerjasama. setiapkali kami duduk semeja menikmati hidangan yg tersedia, acapkali itu juga aku merenung detik jam ditangan. berapa saat sahaja sisa waktu yg tinggal. dan acapkali itu juga aku tersenyum menyembunyikan keresahan hati,
sesungguhnya, sukar untuk melupakan semua ini. inysa allah,jika dilapangkan masa, program sebegini akan terus mencurah bakti.

0 comment artis!:

Post a Comment

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie