Friday, April 29, 2011

perkenalan singkat.

saya sayang awak
sayang awak selagi nafas saya tak terhenti
selagi saya mampu
itu janji saya.
nur najwa binti khairun
gadis belasan tahun yg punya seribu satu ceritera
seringkali membuahkan bibit-bibit tawa
sehingga menzahirkan kesenangan yg tak terhingga
saya sayang awak,najwa!
perkenalan kita telah ditentukan Tuhan
pertemuan kita disulami keihklasan
perpisahan kita suratan takdir

penggambaran di bumi Ayer Keroh, Melaka
kami - wirawati program latihan khidmat negara
sahabat , teman , kawan , rakan , Segalanya!
ya, segalanya bermula tanpa sebarang madah
tiada apa dapat melambangkan semua ini
sehingga tiada kata yg mampu di ucap
tiada tinta yg mampu dirungkai
tiada butir yg mampu dibicarakan
tiada noktah titik mula perkenalan ini.

penyesalan atas pertemuan ini tidak sedikitpun terlintas dikotak fikiran.
setiap detik, setiap saat ,acapkali kita bersama, tidak mungkin akan luput dek ingatan kekal. kenangan kebersamaan kita adalah suatu hadiah bermakna penah saya temui. sehingga sukar melewati tugasan harian seperti mana kita pernah lalui bersama. kerinduan ini tidak akan bisa diubati hanya sekedar menyeru namamu. tidak akan bisa menggetar naluri jiwa yg merintih sayu.
hampir dua bulan perpisahan ini tanpa rela. sepertinya awak masih berada disisi, tersenyum seperti biasa. sepertinya awak masih berjalan disisi saya ,  masih melahirkan tawa-tawa riang seperti kebiasaan. saya hanya mampu terkenang dengan memori lampau sebagai sedikit cenderamata mengubati teriakan hati kecil ini.
saya rindu awak, najwa sayang!

0 comment artis!:

Post a Comment

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie