Saturday, January 01, 2011

tangisan untuk Adam.

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

niena ryonie :
aku renung sejenak bait-bait kata dari hasil nukilan seorang blogger yg amat aku kenali.
perempuan, begitu sinonim dikaitkan dengan tangisan. tangisan yg tulus datang dari jauh dilubuk hati.sedu-sedan tangisan mencerminkan seberapa dalam luka yg terhiris dipendam beberapa ketika, mungkin bertahun, mungkin berkurun lamanya. tapi pernahkah pasangan (lelaki/suami/bapa/abang/dll) bagi wanita ini mendalami dan merenung akan mengapa wanita itu menitiskan air mata dihadapannya. sedangkan perempuan amat terkenal dengan sifat pemalu dan santunnya. maka,mengapa perlu ada tangisan yg masih bersisa di persembahkan dihadapan pasangannya? pernahkan difikir dan di ambil kira? puratanya, ramai lelaki yg diluar sana kurang mengambil kira akan hal ini. tangisan perempuan hanya diibaratkan sekedar bawaan emosi, mencari perhatian, menagih simpati, dan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu. tapi kamu salah wahai lelaki. bukan salah semuanya, tapi hanya sekelumit yg kamu kurang memgambil kira untuk membuat penilaian. kamu,lelaki kurang menilai tangisan tulus perempuan itu. bezakan tangisan ikhlas dan tangisan bawaan emosi mahupun tangisan mengejek. tidak semuanya perempuan menzahirkan tangisan untuk meminta simpati dan sebagainya. lelaki,kamu sempurna akal untuk bijak menilai. kamu bertuah! jadilah pengguna akal yg bijak mengatur percaturannya.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

tangisan wanita pasti ada akhirnya. sama ada bersisa, kerelaan, atau diselubungi dendam dan sebagainya. tangisan wanita yg berakhir, pasti ada sesuatu di penghujungnya. wanita akan mudah tersentuh walau pada hal-hal yg kecil. jika pasangannya menjadi BAHU yg selalu tersedia untuk dia melimpahkan tangisannya, wanita itu akan kekal bersamanya. kerna corak pemikiran wanita tidak akan pernah sama dengan pola pemikiran lelaki yg solid. kekal bersamanya membawa erti persetujuan untuk meneruskan kehidupannya bersama pasangan kerna wanita itu menganggap pasangannya amat memahami dan mengerti akan kesedihannya. malah,itu akan melahirkan perwatakan seorang lelaki yg amat mengambil berat akan permasalahan atau perubahan wanita itu tanpa diberitahu atau dikhabarkan secara terang-terangan. 
sekiranya lelaki itu hanya berdiam tanpa sedikit pun bertanya akan punca kesedihan wanita itu, maka perubahan demi perubahan akan mula dipamerkan oleh wanita itu. mungkin wanita itu akan lebih berdiam diri atau mencari sumber lain untuk meluahkan perasaannya. malah, lebih buruk lagi kemungkinan besar wanita itu tidak akan berpaling lagi pada dirinya yg dahulu. jadilah pendengar masalah yg setia tanpa sedikit rungutan. coretan ini tiada menyalahi sesiapa mahupun menyebelahi mana-mana pihak. hanya sekadar peringatan dan pembaharuan corak berfikir anda.

0 comment artis!:

Post a Comment

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie