Wednesday, August 25, 2010

kawal emosi kau, 'niena'


-e-m-o-s-i-
kadang-kadang bila 'emo' dah bangkit, semua rasa dah tak terasa.
kadang-kadang, bila 'emo' dah bangkit, dunia terbalik pun tak sedar.
kadang-kadang bila 'emo' dah bangkit, yang permata pun nampak jelik.
sang 'emosi', tolonglah kau berhibernasi terus,
jangan kau bangkit menguasai seluruh gelombang cekerawala hidup aku.
dan musnahkan semuanya tanpa aku ketahui.

pejam celik - pejam celik, tak sedar sudah banyak nyawa persahabatan sudah aku korbankan. sudah banyak mata-mata ikhlas aku bubarkan, sudah banyak tangan-tangan mulus yang tanpa jemu menghulur, aku lupakan. Oh, niena! sedarlah kamu wahai insan kerdil yang punya hati dan belas ihsan. janganlah kamu terus bertindak tanpa kamu ketahui. usah biarkan sang emosi menakluk dunia pergerakan kamu. SEDARLAH NIENA.
tarik nafas dalam-dalam hingga menusuk kekalbu, dan tanamkan benih-benih kesedaran bahawa tidak akan ada lagi pengorbanan yang akan aku hancurkan. semailah baja-baja yang akan membawa keceriaan dalam sanubari. hapuskanlah mutiara-mutiara yang sering jatuh ke pipi walaupun sungguh perit tertusuk.
-kawal emosi kau, niena-

0 comment artis!:

Post a Comment

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie