Friday, August 27, 2010

dalam diam

 
yang luar tak akan pernah sama dengan yang dalam,
yang putih tak akan pernah sama dengan yang hitam,
yang tinggi tak akan pernah sama dengan yang rendah,
yang kaya tak akan pernah sama dengan yang miskin,
yang mekar tak akan pernah sama dengan yang layu.
 
 
-dalam-diam-
dunia ceria warna warni berubah menjadi gelita segelap-gelapnya.
hilai tawa yang zahir,tak senada tak seirama dengan alunan syahdu kalbu yang jauh menyimpang.tak pernah aku pinta semua ini menakluk keperibadian ini. bukan pintaku merenggut semua keseronokan dan bahagia yang tercipta. lumrah, senyuman abadi sering ku titip buat semua tatapan walaupun sumbing hingga tiada yang meragui. tatkala aku duduk bersimpuh menyemak kembali laluan-laluan hidup yang tak bermaya, acapkali juga arus-arus deras menitis dah terus membasahi mimpi. aku jadi bingung. masih mencari-cari dimana hilangnya aku. dalam diam semua berubah perlahan demi perlahan seakan tak pernah terasa dek mata yang memandang. mengapa sedih?? persoalan yang sering berkejaran di kotak kecil fikiran. yang nyata, teman-teman bermakna dan keluarga tercinta sering menjadi tajuk utama diruang legar pemikiran aku. kurang pasti puncanya. mungkin ada sesuatu yang terselindung disebalik celahan fikiran itu.

-cuba perbaiki diri-

0 comment artis!:

Post a Comment

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie