Sunday, August 22, 2010

biar miskin asalkan bahagia

- BAHAGIA -
ada orang yang mentafsir bahagia itu adalah KEKAYAAN
ada orang yang mentafsir bahagia itu adalah KETAWA
ada orang yang mentafsir bahagia itu adalah SEMENTARA
ada orang yang mentafsir bahagia itu adalah KEJAYAAN
ada orang yang mentafsir bahagia itu adalah TANGISAN
ada orang yang mentafsir bahagia itu adalah EGO
ada orang yang mentafsir bahagia itu SUKAR
ada orang yang mentafsir bahagia itu dalah CINTA
ada orang yang mentafsir bahagia itu adalah KEPERITAN

-TAPI-TAPI-TAPI-TAPI-TAPI-TAPI-TAPI-
adakah kita bahagia hidup dalam DUSTA?
adakah kita bahagia MENGHINA si-fakir?
adakah kita bahagia MEMBUNUH pesaing?
adakah kita bahagia bergelumang dengan DOSA?
adakah kita bahagia tanpa RESTU keluarga?
adakah kita bahagia tinggal SEORANG diri didunia?
adakah kita bahagia TANGISI pemergian?
adakah kita bahagia SELAMANYA??
-SEBENARNYA-
manusia seperti tukang batik yang mencorak ukiran motif pada kain kosong tanpa sebarang sentuhan. andai lenggoknya kekiri, maka kekirilah ukirannya. manusia juga yang menentukan erti bahagia itu berdasarkan persepsi sendiri. 
-ALKISAH-
ada si kaya dan si miskin. si  kaya hidup dalam kemewahan dan kesenangan yang melimpah tak terhingga. tapi sayang, si kaya hidup sendirian dalam banglo mewah jutaan ringgit bertemankan si tukang-tukang gaji berasal dari kampung yang sentiasa terseyum. walaupun mempunyai isteri yang anggun, anak yang bijak namun si kaya keseorangan. mengapa?? anak isteri si kaya mewarisi sikap si kaya yang tak henti-henti menambah kereta mewah, menambah pakaian mahal di pergantungan malah menambah aset kebanggaan si anak isteri. akhirnya,si kaya mati tanpa sebarang khabar yang hanya bertemankan sinar lampu di kamar.
ceritera si miskin pula hidup serba kedhaifan. tatkala hujan, anak isteri si miskin sering menadah titis-titis air yang bocor dari atap zink yang sudah mereput. tiap malam, anak isteri si miskin berdoa tanpa henti agar hari esok akan membawa tuah kekayaan bagi mereka. anak si miskin sudah pandai mengisi minyak tanah kedalam pelita kecil sebagai teman belajar. si miskin sentiasa tersenyum bahagia bersama anak isteri yang tercinta. akhirnya, si miskin mati di temani bacaan yasiin yang cukup syahdu.
erti bahagia pada si kaya & si miskin:
  • si kaya bahagia didunia.
  • si miskin bahagia didunia & di akhirat.

0 comment artis!:

Post a Comment

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie