Tuesday, April 20, 2010

mimpi realiti

"malam berengsot tua"
kata-kata yang yang terlalu biasa namun mudah meresap di pelusuk jiwa. Entah mengapa hari ini bagaikan bergegar seluruh rongga pernafasan dengan wangian semerbak 'kapur barus'. Sinonim wangian pujangga itu dikaitkan dengan kematian. Mungkin laluan-laluan kemasukan pernafasanku sedikit terganggu. Tapi mengapa wangian 'berkarisma' itu??? Buntu dalam perjuangan mencari jawapan. Terkadang, terfikir jugak. Ada kaitannya dengan mimpi semalam. Mimpi keramat yang bisa membuat hati ini sayu menangisi pemergian ke dunia yang tak pernah difikir akal.
Ya Allah.. Hanya kau-lah tempat aku berserah. Berilah aku petunjukmu...

0 comment artis!:

Post a Comment

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie