Thursday, April 29, 2010

kiamat mengejar hakiki

Tanda -Tanda Kiamat Menurut Islam
  • asap - mengakibatkan penyakit kronik seperti selesema dalam kalangan orang2 beriman yang akan memusnahkan semua orang kafir.
  • binatang (Dabbah) - Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt
  • Dajjal - fitnah besar yang banyak meragut keimanan sehingga ramai orang terpedaya dengan seruannya.
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya - Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa
  • turunnya Nabi Isa bin Maryam A.S - Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  • Ya'juj dan Ma'juj - membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  • 3 kali gempa bumi -sekali ditimur, dibarat dan Semenanjung Arab
  •  api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke Padang Mahsyar
p/s : segala kejadian semuanya mengikut kehendak Allah Maha Kuasa. Kita tidak punya hak melawan qada' dan qadar. Malah, kita tidak, tidak dan tidak disuruh terlalu taksub dengan kepercayaan akal kerana hukum akal fikiran kita terbatas. ALLAH itu Maha Kuasa, Maha Mengetahui tentang setiap perilaku makhluk yang telah dijadikannya. Mohon maaf andai salah bicara.

0 comment artis!:

Post a Comment

tiggalkan bukti jejak anda disini. jangan malu jangan segan! - nienaryonie